Wednesday, 31 August 2016

Q&A Tentang Buku MBBI

(1) Berapa muka surat buku ni?
Ada 244 muka surat contents dan beberapa muka surat jawapan

(2) Adakah buku MBBI sesuai utk murid Tahun 1 hingga Tahun 6?

Jawapan Ringkas : YA dan TIDAK.

Jawapan Panjang :

(1) TIDAK, jika kita fokus kepada elemen Grammar (Unit 1 hingga 13). Bear in mind, MBBI ada 2 bahagian iaitu Grammar dan Vocabulary.

Jadi, untuk Tahun 1, 2 & 3, bahagian Grammar itu BELUM SESUAI. Ada buku lain yang lebih sesuai. Nak guna boleh, untuk budak2 yang boleh pick up. Majoriti masih belum. Malahan saya rekomen buku SE1234 untuk Tahap ini.

(2) YA. Amat sesuai jika kita merujuk kepada bahagian kedua MBBI iaitu VOCABULARY (majoriti daripada Unit 14 sehingga 32).

Nota Bonus:
==========
Adakah MBBI buku Grammar Terbaik untuk Sekolah Rendah? Ya, without any doubt, kerana banyak keistimewaan seperti ajar BI dalam BM, berwarna-warni, latihan berfokus topikal dan banyak lagi.

Adakah MBBI buku Grammar yang 'Sempurna' untuk Sekolah Rendah? Tidak, kerana ada banyak topik lain yang tidak dimasukkan seperti PENULISAN dan beberapa topik Grammar lain yang penting seperti Sentence Structures. Untuk me'LENGKAP'kan MBBI, saya mencadangkan agar ibu bapa membeli buku Practical English Usage terbitan Times Publications yang kami ada jual, yang telah terjual sebanyak 2.5 juta unit di seluruh dunia, di tulis oleh Orang Puteh, ada nota padat dan latihan, ada tahap2 tertentu dari Tahun 3 sehingga Form 5. Ada juga buku penulisan.

Pendeknya, setiap buku itu pasti BERGUNA jika kita TAHU cara untuk mengoptimakan penggunaannya.


HT Amir
1.9.2016

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...