PENTING → "SAYA TAK JUAL BUKU INI"
Coretan saya pada 31hb Okt 2014 di bawah ini telah diakses beribu-ribu kali oleh pembaca di luar sana. Malahan ayat-ayat yang saya gunakan juga telah digunakan oleh PESAING-PESAING saya dalam FB untuk menjual buku yang serupa.
Saya TAK KISAH pesaing meniru dan mencedok ayat saya. Ayat-ayat saya datangnya dari Allah juga. Semua ilmu yang saya ada, datangnya dari Allah. saya tidak claim saya sebagai owner ilmu2 tersebut.
Tapi saya AMAT KISAH apabila ibu bapa di luar sana TIDAK MENGAMBIL PEDULI saranan yang saya nyatakan sejak awal tahun lepas tentang kebagusan buku Percubaan Terengganu ini.
Ya blog ini ditulis agak lewat, tetapi perkongsian tentang buku ini telah dibuat lebih awal di FB Page saya, FB page Home Tutor.
Bagi yang TIDAK PERCAYA pada awalnya, cuba tengok soalan Terengganu 2013 ini :
Bandingkan pula dengan soalan Sebenar UPSR 2014 ini:
Bayangkan betapa seronoknya anak-anak yang menggunakan buku Terengganu itu sebagai bahan dalam Magic Box, dan akhirnya dihidang dengan soalan yang saya boleh katakan 100% dengan peperiksaan sebenar!
Itu baru satu soalan yang jelas menunjukkan betapa berkualitinya soalan yang diajukan dalam buku Terengganu. Saya pasti ada banyak soalan2 lain yang ada, yang mirip soalan dalam peperiksaan sebenar, yang pastinya memberi kelebihan kepada anak-anak kita yang dah mencubanya.
Dan sekiranya tiada soalan yang hampir serupa yang keluar, tahap soalan yang TINGGI dan BERKUALITI dalam buku Terengganu ini sahaja dah memadai untuk membuat anak-anak kita memerah otak dan membuat pembacaan untuk menyelesaikan masalah dan soalan yang diajukan. Mereka akan bekerja lebih keras!
Jadi, tunggu apa lagi tuan/puan? Order segera. Tekan pada butan ORDER di bawah blog entry yang ini. Setelah anda membaca blog entry yang terdahulu di bawah ini.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<CORETAN TAHUN LEPAS >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Wujudkah senarai buku WAJIB MILIK sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR?
Secara rasminya, tidak wujud tetapi bagi saya, secara peribadi, mengikut pemerhatian saya, ada beberapa buku yang LAYAK masuk ke dalam senarai tersebut. Maknanya, senarai buku WAJIB MILIK tersebut berdasarkan pendapat saya semata-mata.
Sekarang saya akan kongsikan KENAPA buku-buku tersebut masuk ke dalam senarai saya.
Pertama sekali, kita mungkin berpendapat negeri2 pantai barat Semenanjung yang boleh mendapat gelaran Negeri Terbaik UPSR, bukan? Sebaliknya TERENGGANU telah memegang gelaran tersebut selamat 11 tahun berturut-turut dari tahun 2001 sehngga 2011 sebelum dirampas oleh Kelantan pada tahun 2012. Beritanya di sini → http://www2.hmetro.com.my/articles/TerengganuyakinulangisejarahnegeriterbaikUPSR/Article/
Tetapi pada tahun 2013, berbekalkan keyakinan dan matlamat untuk kembali menjadi negeri terbaik, TERENGGANU sekali lagi menjadi yang terbaik. Sumber berita di sini → http://teganukita.blogspot.com/2013/11/terengganu-kekal-terbaik-upsr.html
Secara ringkas, dua negeri tersebut iaitu TERENGGANU dan KELANTAN pastinya mempunyai rahsia tersendiri. Salah satunya ialah soalan percubaan yang berkualiti. Saban tahun para ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR sibuk mencari soalan percubaan Terenggau di internet, kerana ada cikgu sekolah dan rakan-rakan yang menyarankan mereka berbuat demikian. Ambil dari internet memang PERCUMA tetapi ada KEBURUKANNYA. Nanti saya akan kongsikan bab itu di blog yang lain. Tetapi untuk perbincangan hari ini, bukankah lebih baik sekiranya semua soalan percubaan tahun-tahun yang telah lepas dari negeri tersebut dicetak dalam satu buku?
Maka terbitlah buku soalan Percubaan Terengganu terlebih dahulu. Kemudian menyusul pula soalan percubaan negeri Kelantan. Tidak menghairankan apabila kedua-dua set buku ini menjadi best seller. Stok di kedai buku SENTIASA HABIS.
Saya sendiri, sebagai home tutor, mewajibkan tutees saya untuk membeli dan membuat soalan-soalan dari dua buku tersebut.
Jika pelajar BOLEH menjawab soalan daripada dua buku ini, dia akan menjadi lebih yakin dan pasti akan dapat menjawab soalan sebenar UPSR nanti.
FAKTA yang tidak dapat disangkal pula, banyak sekolah yang menggunakan soalan-soalan dari dua buku di atas, terutamanya soalan negeri Terengganu sebagai soalan peperiksaan dalaman sekolah. Maka bagi pelajar yang pernah menjawab di rumah, pasti akan terasa mudah dan KEYAKINAN mereka akan bertambah. Untuk mewujudkan pelajar cemerlang, KEYAKINAN diri amatlah penting. Jadi kita tidak boleh memandang remeh akan kepentingan soalan-soalan latih tubi seperti ini.
Pendeknya, buku-buku ini WAJIB dimiliki.
Anda boleh cari di kedai buku, tapi jangan kecewa jika stok tiada kerana buku-buku ini sememangnya PANASSSS!
Alternatively, anda boleh beli daripada saya. Jika anda berminat, berikut ialah harga buku2 tersebut:
Untuk pembayaran, Klik pada ikon di bawah ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Home Tutor Amir,
31.10.2014