Thursday, 23 October 2014
Buku Grammar Terbaik di Amazon.Com
PENTING → "SAYA TAK JUAL BUKU INI"
Apakah the "Best English Grammar Books" di Amazon.Com?
Jawapannya mungkin berubah-ubah, Tetapi yang pasti buku Understanding and Using English Grammar (UUEG) oleh Betty Azar & Stacy A.Hagen ada dalam senarai tersebut.
Jadi hari ini saya ingin berkongsi tentang buku tersebut. Saya tidak menjual buku tersebut tetapi saya suka ingin bercerita tentangnya kerana it is the best grammar book ever!
Saya pertama kali mengenali UUEG tulisan Azar pada awal tahun 1990an sewaktu adik saya diterima masuk ke Pusat Matrikulasi UIA PJ. Salah satu buku teks subjek BI adik saya ialah buku tersebut. Saya jatuh cinta dengan buku tersebut sejak pertama kali saya melihat, membelek dan terus mencuba soalan2 yang disusun kemas dan mudah diikuti.
Apa yang paling menarik perhatian saya tentang buku UUEG ini ialah konsep Timeline untuk menerangkan tentang TENSES. Sesuatu yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar yang BInya biasa2 sahaja seperti saya.
Sejak daripada itu, saya sering menggunakan buku tersebut. Apabila adik saya keluar dari Matrikulasi, buku itu jadi milik saya. Sehinggalah buku tersebut hilang. Sobx3. Tidak pasti ke mana hilangnya. Mungkin hanyut dibawa air banjir yang kerap melanda rumah emak saya di Segambut waktu itu.
Apapun, buku ini kini menjadi satu item utama dalam Wishlist saya. Saya pasti akan membelinya!
Tutor Amir
24.10.2014
12.16pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment