Monday, 17 November 2014

Buku Belajar CAKAP BI (penerangan dalam BM) TERBAIK Di Pasaran Malaysia



PENTING → "SAYA DAH TAK JUAL BUKU INI" 

SUSAH NAK CARI Buku Yang Ajar Teknik Bercakap BI 

Saya tak nafikan. Memang susah. Terutamanya buku yang memberi penerangan dalam BM.

Tapi mungkin juga kerana kita tak mencari sedaya upaya. Contohnya buku yang saya nak bawa masuk ini. Buku ini sudah lama berada di pasaran tetapi saya sendiri tak pernah jumpa. Now saya dah jumpa, saya pun cari pembekalnya dan saya BERJAYA dapat jadi pengedar. Alhamdulillah.

Jadi saya ingin sebarkan kebaikan buku ini kepada penggemar dan pencari buku belajar cakap BI yang bagus di luar sana.

Jika anda BERMINAT untuk beli buku ini, bolehlah TEMPAH dahulu kerana penerbit akan bercuti (tutup kilang) dari 20hb Nov sehingga 3hb Dis 2014. Jadi pesanan pertama saya hanya akan tiba selepas itu. In shaa Allah jika ada rezeki saya akan order dulu sebagai HADIAH kepada mereka yang order PALING AWAL.

Jika nak beli, harganya RM20.00 + Poslaju RM6.00 Sem/ RM10.00 Sswak

Jika berminat boleh KLIK pada link di bawah ini:


Nak tengok isi dalamnya? 

Baik, saya kongsikan beberapa muka surat.

Sebelum itu, baca penerangan ringkas tentang buku ini terlebih dahulu.

"Buku ini ditulis untuk memberi anda asas-asas yang anda perlukan untuk meningkatkan kemahiran anda dalam perbualan bahasa Inggeris dalam masa yang singkat. Buku ini lengkap dan sesuai untuk anda yang ingin berbual dalam bahasa Inggeris dengan yakin kerana buku ini merangkumi aspek-aspek perbualan yang baik seperti etiket, tatabahasa, kosa kata, pengetahuan am dan contoh-contoh perbualan dalam pelbagai situasi yang boleh anda gunakan dengan yakin dan selesa. Penerangan dan contoh-contoh ayat dalam bahasa Melayu memudahkan anda memahami dengan jelas perkara yang diperlukan untuk memahirkan diri anda berbual dalam bahasa Inggeris.

Selain menggunakan buku ini sebagai panduan, anda juga perlu terus mencari sumber-sumber lain yang boleh memantapkan kemahiran perbualan anda lagi. Banyak bahan yang boleh anda gunakan sebagai rujukan seperi buku-buku cerita, akhbar, majalah dan juga laman-laman web. Sumber-sumber ini boleh membantu anda untuk melihat cara ayat-ayat dibentuk dan juga untuk meningkatkan pengetahuan am anda."

Bilangan m/surat 208 ms
Saiz 19cm
ISBN 9789833283902

Isi Kandungan buku pula seperti berikut:

Bab 1   Pengenalan Bab 
2   Etiket dalam perbualan 
Bab 3   Memahirkan diri dalam perbualan dengan Kaedah Permulaan Perbualan 
Bab 4   Kaedah Permulaan Perbualan dengan perbualan kosong 
Bab 5  Grammar mudah untuk perbualan 
Bab 6   Memperkenalkan diri dan kata aluan 
Bab 7   Sosial 
Bab 8   Makanan, makan-makan dan restoran 
Bab 9   Masa lapang, percutian dan sukan 
Bab 10 Pengangkutan, trafik dan perjalanan 
Bab 11 Bilik dan penempahan tiket 
Bab 12 Cuaca 
Bab 13 Kesihatan 
Bab 14 Menunjuk arah 
Bab 15 Membeli-belah 
Bab 16 Perbualan telefon 
Bab 17 Penutup

Contoh Muka Surat

Etika dalam Perbualan


Perbualan di Restoran


Perbualan Telefon
Ada buku Lain Tak?

Tiba-tiba saya teringat. Ada satu buku lagi. Saya sudah terlupa tentang buku ini kerana buku ini sudah kehabisan stok. Tiada dalam pasaran.

Buku ini bertajuk Fasib Berbahasa Inggeris (FBI), ditulis oleh rakan saya, Coach Ridz bersama isteri beliau.



Jika anda bernasib baik, carilah di kedai buku, mungkin ada satu atau dua baki yang tinggal. Saya pun sempat membeli sebuah sahaja.

Mereka aktif mengendalikan kursus perbualan BI di jabatan kerajaan sekarang ini. Khabarnya buku edisi terbaru sudah dirancang. Jika ada nanti saya akan kongsikan ya.


Anda Mungkin Ingin Beli Buku Lain Tulisan Penulis Yang Sama


Mohd Yusoff Noordin

Penulis merupakan seorang graduan lulusan Universiti Teknologi Mara dan telah hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang latihan, perbankan dan pemasaran. Beliau ialah seorang jururunding dan pensyarah bahasa Inggeris sepenuh masa dan turut terlibat dalam penterjemahan bahan-bahan ilmiah.
 
Tugas beliau dalam bidang pemasaran memerlukan beliau sering ke luar negara dan berurusan dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa. Ini memerlukan beliau sentiasa berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Beliau juga terlibat dengan latihan dalaman syarikat. Beliau menyediakan latihan bahasa Inggeris kepada pekerja syarikat agar mereka lebih bersedia untuk berurusan dengan pelanggan dari luar negara.

Buku yang ditulis:


Cara Mudah Mengajar Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Untuk Sekolah Rendah RM12.00
Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda RM16.00
 Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 1 RM10.00
Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 - Perbualan Telefon RM14.00






Buat masa ini, saya suka untuk sarankan agar tuan/puan di luar sana membeli buku PSBI yang saya kongsikan di awal tadi.

Semoga ilmu yang terkandung dalam buku yang anda bakal beli tersebut bermanfaat.




Signed,
HT Amir

18.11.2014

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...