Monday, 3 November 2014

Buku Wajib Dimiliki Untuk Hadapi UPSR : A - Latihtubi 2 of 2



PENTING → "SAYA DAH TAK JUAL BUKU INI" 

Saya pernah berkongsi tentang Buku Wajib Dimiliki Untuk Hadapi UPSR - A : Latihtubi No.1. Boleh klik SINI untuk baca tentang buku soalan percubaan terbaik dari negeri UPSR Terbaik tersebut.

Hari ini pula saya ingin berkongsi tentang Latihtubi No.2 yang WAJIB dimiliki oleh pelajar UPSR 2015 iaitu buku Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR 2007-2013.


KENAPA Wajib Beli?

1. Agak obvious kenapa buku ini wajib dimiliki, iaitu untuk MEMBIASAKAN anak kita dengan format soalan dan bentuk2 soalan. Jadi anak tidak akan terkejut dengan bentuk soalan.

2. Selain drpd itu, cikgu sekolah juga kadang2 akan mengambil soalan klon dari soalan tahun2 lepas untuk dibuat soalan di sekolah. Oleh itu anak akan mendapat keyakinan apabila berjaya menjawab soalan yang dia sudah familiar. KEYAKINAN diri amat penting.

3. Buku ini sudah semakin canggih. Edisi baru Matematik contohnya memberikan jalan kerja untuk kertas 2. Jadi pelajar sudah boleh merujuk kepada skema jawapan yang diberikan.

4. Pattern ataupun corak jenis soalan, yang mana pernah keluar, yang mana belum keluar, amat penting untuk anak kita belajar cara membaca/mengkajinya. Di sinilah dia belajar CRITICAL REASONING.

5. Last but not least, kalau subjek BI, paling baik jika anak kita dapat TAHU semua perkataan yang pernah digunakan dalam buku ini.


Kisah SALAH FAHAM di sebalik buku Tahun2 Lepas 

SALAH FAHAM #1 - Tak perlu beli dulu. Tunggu Edisi Baru. 
By the time buku edisi baru keluar, anak anda sudah masuk suku tahun dalam Tahun 6. Agak terlewat untuk bermula.

SALAH FAHAM#2 - Tunggu dah dekat UPSR baru guna buku ini.
Ibu bapa biasanya TERSILAP apabila tidak membenarkan anak menjawab soalan dariapda buku ini. Alasannya sayang buku nanti kotor atau rosak atau berconteng atau kalau buat awal sangat nanti dah lupa bila dekat2 UPSR.

Kesiannnnn. Salah sungguh konsep itu.

SALAH FAHAM #3 - Di sekolah akan guna buku ini
Di sekolah, cikgu dah bagi instruction untuk beli buku ini. Jadi cikgu akan gunakan dalam kelas latihtubi dan gerak gempur atau kelas tambahan.

Segala-galanya serahkan kepada cikgu dan sekolah. Jika sekolah sempat buat dan habiskan, OK lah. Jika sebaliknya, siapa yang rugi? Anak kita juga. Biasa terjadi, cikgu tak sempat habiskan buku ini kerana ada banyak buku2 lain nak digunakan juga.....Didik, Terengganu, Kelantan dan lain-lain.


DI MANA nak beli? 

Saya TIDAK jual buku ini kerana buku ini boleh diperolehi di mana2 kedai buku berdekatan anda.

Harga buku2 ini ialah seperti berikut:

BM RM6.30
BI RM6.30
MATHS RM7.60
SAINS RM7.60

Walaubagaimanapun, sekiranya anda SUKAR untuk mendapatkannya, sama ada kedai buku berdekatan anda tidak menjualnya (selalunya di Sabah & Sarawak) atau kehabisan stok, saya boleh bantu anda untuk dapatkannya. Paling elok jika anda memang nak beli buku yang lain dan ingin masukkan buku2 ini sekali.


HT Amir
4.11.14

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...