Monday, 17 November 2014

Buku Belajar CAKAP BI (penerangan dalam BM) TERBAIK Di Pasaran Malaysia



PENTING → "SAYA DAH TAK JUAL BUKU INI" 

SUSAH NAK CARI Buku Yang Ajar Teknik Bercakap BI 

Saya tak nafikan. Memang susah. Terutamanya buku yang memberi penerangan dalam BM.

Tapi mungkin juga kerana kita tak mencari sedaya upaya. Contohnya buku yang saya nak bawa masuk ini. Buku ini sudah lama berada di pasaran tetapi saya sendiri tak pernah jumpa. Now saya dah jumpa, saya pun cari pembekalnya dan saya BERJAYA dapat jadi pengedar. Alhamdulillah.

Jadi saya ingin sebarkan kebaikan buku ini kepada penggemar dan pencari buku belajar cakap BI yang bagus di luar sana.

Jika anda BERMINAT untuk beli buku ini, bolehlah TEMPAH dahulu kerana penerbit akan bercuti (tutup kilang) dari 20hb Nov sehingga 3hb Dis 2014. Jadi pesanan pertama saya hanya akan tiba selepas itu. In shaa Allah jika ada rezeki saya akan order dulu sebagai HADIAH kepada mereka yang order PALING AWAL.

Jika nak beli, harganya RM20.00 + Poslaju RM6.00 Sem/ RM10.00 Sswak

Jika berminat boleh KLIK pada link di bawah ini:


Nak tengok isi dalamnya? 

Baik, saya kongsikan beberapa muka surat.

Sebelum itu, baca penerangan ringkas tentang buku ini terlebih dahulu.

"Buku ini ditulis untuk memberi anda asas-asas yang anda perlukan untuk meningkatkan kemahiran anda dalam perbualan bahasa Inggeris dalam masa yang singkat. Buku ini lengkap dan sesuai untuk anda yang ingin berbual dalam bahasa Inggeris dengan yakin kerana buku ini merangkumi aspek-aspek perbualan yang baik seperti etiket, tatabahasa, kosa kata, pengetahuan am dan contoh-contoh perbualan dalam pelbagai situasi yang boleh anda gunakan dengan yakin dan selesa. Penerangan dan contoh-contoh ayat dalam bahasa Melayu memudahkan anda memahami dengan jelas perkara yang diperlukan untuk memahirkan diri anda berbual dalam bahasa Inggeris.

Selain menggunakan buku ini sebagai panduan, anda juga perlu terus mencari sumber-sumber lain yang boleh memantapkan kemahiran perbualan anda lagi. Banyak bahan yang boleh anda gunakan sebagai rujukan seperi buku-buku cerita, akhbar, majalah dan juga laman-laman web. Sumber-sumber ini boleh membantu anda untuk melihat cara ayat-ayat dibentuk dan juga untuk meningkatkan pengetahuan am anda."

Bilangan m/surat 208 ms
Saiz 19cm
ISBN 9789833283902

Isi Kandungan buku pula seperti berikut:

Bab 1   Pengenalan Bab 
2   Etiket dalam perbualan 
Bab 3   Memahirkan diri dalam perbualan dengan Kaedah Permulaan Perbualan 
Bab 4   Kaedah Permulaan Perbualan dengan perbualan kosong 
Bab 5  Grammar mudah untuk perbualan 
Bab 6   Memperkenalkan diri dan kata aluan 
Bab 7   Sosial 
Bab 8   Makanan, makan-makan dan restoran 
Bab 9   Masa lapang, percutian dan sukan 
Bab 10 Pengangkutan, trafik dan perjalanan 
Bab 11 Bilik dan penempahan tiket 
Bab 12 Cuaca 
Bab 13 Kesihatan 
Bab 14 Menunjuk arah 
Bab 15 Membeli-belah 
Bab 16 Perbualan telefon 
Bab 17 Penutup

Contoh Muka Surat

Etika dalam Perbualan


Perbualan di Restoran


Perbualan Telefon
Ada buku Lain Tak?

Tiba-tiba saya teringat. Ada satu buku lagi. Saya sudah terlupa tentang buku ini kerana buku ini sudah kehabisan stok. Tiada dalam pasaran.

Buku ini bertajuk Fasib Berbahasa Inggeris (FBI), ditulis oleh rakan saya, Coach Ridz bersama isteri beliau.



Jika anda bernasib baik, carilah di kedai buku, mungkin ada satu atau dua baki yang tinggal. Saya pun sempat membeli sebuah sahaja.

Mereka aktif mengendalikan kursus perbualan BI di jabatan kerajaan sekarang ini. Khabarnya buku edisi terbaru sudah dirancang. Jika ada nanti saya akan kongsikan ya.


Anda Mungkin Ingin Beli Buku Lain Tulisan Penulis Yang Sama


Mohd Yusoff Noordin

Penulis merupakan seorang graduan lulusan Universiti Teknologi Mara dan telah hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang latihan, perbankan dan pemasaran. Beliau ialah seorang jururunding dan pensyarah bahasa Inggeris sepenuh masa dan turut terlibat dalam penterjemahan bahan-bahan ilmiah.
 
Tugas beliau dalam bidang pemasaran memerlukan beliau sering ke luar negara dan berurusan dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa. Ini memerlukan beliau sentiasa berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Beliau juga terlibat dengan latihan dalaman syarikat. Beliau menyediakan latihan bahasa Inggeris kepada pekerja syarikat agar mereka lebih bersedia untuk berurusan dengan pelanggan dari luar negara.

Buku yang ditulis:


Cara Mudah Mengajar Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Untuk Sekolah Rendah RM12.00
Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda RM16.00
 Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 1 RM10.00
Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 - Perbualan Telefon RM14.00






Buat masa ini, saya suka untuk sarankan agar tuan/puan di luar sana membeli buku PSBI yang saya kongsikan di awal tadi.

Semoga ilmu yang terkandung dalam buku yang anda bakal beli tersebut bermanfaat.




Signed,
HT Amir

18.11.2014

Wednesday, 12 November 2014

Buku Apa Yang Ayah Pegang Tu?...Oh! Inilah MBBI, Ibu Belikan Untuk Kita Sempena Kempen 1Family1MBBI & Home Tutor English Kit...Yeay! Bestnya Dapat Belajar MBBI!!!!



PENTING → "SAYA DAH TAK JUAL PAKEJ INI" 

One Family One MBBI & Home Tutor English Kit

Menjadi harapan penulis buku MBBI agar lebih banyak anak Malaysia yang dapat menguasai Bahasa Inggeris. Oleh itu sebagai salah seorang ejen utama beliau, saya ingin memanjangkan harapan beliau kepada seluruh rakyat Malaysia.

Maka saya ingin mengumumkan Kempen 1Family 1MBBI berkuatkuasa serta merta!

Kempen ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula 1hb Nov 2014 sehingga 31hb Dis 2014.

Dalam tempoh kempen ini, 100  94  keluarga pertama yang membeli MBBI bersama 6 judul buku lain, bersamaan 13 buah buku kesemuanya, iaitu:
1) Developing Reading Skills
2) Learners Aid To Grammar
3) PEU-IA,IB,Intro & Book1 (Practical English Usage sekolah rendah) → 4 buah buku
4) WK1234(Writing Kit) → 4 buah buku
5) CCE1 (Correcting Common Errors)  → 1 buah buku
6) EGH( English Grammar Handbook for Malysians) → 1 buah buku
Total = 13 buah buku = berat 3kg

→ Anda akan diberikan hadiah alatulis Kembali Ke Sekolah PERCUMA yang bernilai RM10.

* Untuk maklumat lanjut tentang buku klik atas TAJUK BUKU tersebut


Bagaimana Untuk Membeli? 

Jika anda berminat untuk membeli, bolehlah bank in kan :

Semenanjung


1Practical English Usage - Intro A : Year 3          6.00
2Developing Reading Skills & Comprehension Year 1          6.00
3Practical English Usage - Intro B : Year 4          7.00
4Practical English Usage - Intro : Year 5          8.00
5Practical English Usage - Book 1 : Year 6          9.00
6Correcting Common Errors in English Book 1        12.00
7Writing Kit - Book 1           5.00
8Writing Kit - Book 2          5.00
9Writing Kit - Book 3          5.00
10Writing Kit - Book 4          5.00
11Mudahnya Belajar BI (MBBI)        39.00
12English Grammar Handbook for Malaysians        12.00
13Learner's Aid to Grammar & Vocabulary        14.00
JUMLAH Berat & Harga Buku      133.00
* Pos & Pembungkusan        20.00
JUMLAH      153.00

Sabah/Sarawak



1Practical English Usage - Intro A : Year 3          6.00
2Developing Reading Skills & Comprehension Year 1          6.00
3Practical English Usage - Intro B : Year 4          7.00
4Practical English Usage - Intro : Year 5          8.00
5Practical English Usage - Book 1 : Year 6          9.00
6Correcting Common Errors in English Book 1        12.00
7Writing Kit - Book 1           5.00
8Writing Kit - Book 2          5.00
9Writing Kit - Book 3          5.00
10Writing Kit - Book 4          5.00
11Mudahnya Belajar BI (MBBI)        39.00
12English Grammar Handbook for Malaysians        12.00
13Learner's Aid to Grammar & Vocabulary        14.00
JUMLAH Berat & Harga Buku      133.00
* Pos & Pembungkusan        55.00
JUMLAH      188.00

Untuk pembayaran, Klik pada ikon di bawah ini.



Monday, 10 November 2014

Buku Soalan Ramalan Terbaik Untuk Persediaan Exams - Buku Maktab Adabi Gaya Pos


Saya TIDAK JUAL buku ini. Harap maklum. 

Hanya ingin berkongsi yang saya pernah menggunakan buku2 ini untuk mendidik tutees saya. Memang bagus. Isinya mantap. Amat bertepatan dan relevan dengan keperluan peperiksaan sebenar.

Saya juga PERNAH menjual buku2 ini, terbitan syarikat kepunyaan rakan saya.

Tapi tahun ini saya tidak berkesempatan untuk menjualnya atas beberapa faktor yang menjadi kekangan.

Walaubagaimanapun, sekiranya ibu bapa di luar sana berpeluang untuk mendapatkan buku2 ini, dapatkanlah untuk anak2 anda. Amat berbaloi!

Set Soalan Ramalan ini DAPAT MEMBANTU persediaan anak anda!
Amat sesuai untuk latihan Awal & Saat Akhir.
Soalan disusun seperti format exam sebenar jadi pelajar tidak akan panik bila buat soalan sebenar nanti.
Penerbit berpengalaman sejak tahun 1970an.
Ini LATIH TUBI yang SEBENAR!

Semoga bermanfaat!

Monday, 3 November 2014

Buku Wajib Dimiliki Untuk Hadapi UPSR : A - Latihtubi 2 of 2



PENTING → "SAYA DAH TAK JUAL BUKU INI" 

Saya pernah berkongsi tentang Buku Wajib Dimiliki Untuk Hadapi UPSR - A : Latihtubi No.1. Boleh klik SINI untuk baca tentang buku soalan percubaan terbaik dari negeri UPSR Terbaik tersebut.

Hari ini pula saya ingin berkongsi tentang Latihtubi No.2 yang WAJIB dimiliki oleh pelajar UPSR 2015 iaitu buku Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR 2007-2013.


KENAPA Wajib Beli?

1. Agak obvious kenapa buku ini wajib dimiliki, iaitu untuk MEMBIASAKAN anak kita dengan format soalan dan bentuk2 soalan. Jadi anak tidak akan terkejut dengan bentuk soalan.

2. Selain drpd itu, cikgu sekolah juga kadang2 akan mengambil soalan klon dari soalan tahun2 lepas untuk dibuat soalan di sekolah. Oleh itu anak akan mendapat keyakinan apabila berjaya menjawab soalan yang dia sudah familiar. KEYAKINAN diri amat penting.

3. Buku ini sudah semakin canggih. Edisi baru Matematik contohnya memberikan jalan kerja untuk kertas 2. Jadi pelajar sudah boleh merujuk kepada skema jawapan yang diberikan.

4. Pattern ataupun corak jenis soalan, yang mana pernah keluar, yang mana belum keluar, amat penting untuk anak kita belajar cara membaca/mengkajinya. Di sinilah dia belajar CRITICAL REASONING.

5. Last but not least, kalau subjek BI, paling baik jika anak kita dapat TAHU semua perkataan yang pernah digunakan dalam buku ini.


Kisah SALAH FAHAM di sebalik buku Tahun2 Lepas 

SALAH FAHAM #1 - Tak perlu beli dulu. Tunggu Edisi Baru. 
By the time buku edisi baru keluar, anak anda sudah masuk suku tahun dalam Tahun 6. Agak terlewat untuk bermula.

SALAH FAHAM#2 - Tunggu dah dekat UPSR baru guna buku ini.
Ibu bapa biasanya TERSILAP apabila tidak membenarkan anak menjawab soalan dariapda buku ini. Alasannya sayang buku nanti kotor atau rosak atau berconteng atau kalau buat awal sangat nanti dah lupa bila dekat2 UPSR.

Kesiannnnn. Salah sungguh konsep itu.

SALAH FAHAM #3 - Di sekolah akan guna buku ini
Di sekolah, cikgu dah bagi instruction untuk beli buku ini. Jadi cikgu akan gunakan dalam kelas latihtubi dan gerak gempur atau kelas tambahan.

Segala-galanya serahkan kepada cikgu dan sekolah. Jika sekolah sempat buat dan habiskan, OK lah. Jika sebaliknya, siapa yang rugi? Anak kita juga. Biasa terjadi, cikgu tak sempat habiskan buku ini kerana ada banyak buku2 lain nak digunakan juga.....Didik, Terengganu, Kelantan dan lain-lain.


DI MANA nak beli? 

Saya TIDAK jual buku ini kerana buku ini boleh diperolehi di mana2 kedai buku berdekatan anda.

Harga buku2 ini ialah seperti berikut:

BM RM6.30
BI RM6.30
MATHS RM7.60
SAINS RM7.60

Walaubagaimanapun, sekiranya anda SUKAR untuk mendapatkannya, sama ada kedai buku berdekatan anda tidak menjualnya (selalunya di Sabah & Sarawak) atau kehabisan stok, saya boleh bantu anda untuk dapatkannya. Paling elok jika anda memang nak beli buku yang lain dan ingin masukkan buku2 ini sekali.


HT Amir
4.11.14

Thursday, 30 October 2014

Kenapa anda WAJIB beli buku Terengganu jika anak anda ambil UPSR 2015 ini!!!!!



PENTING → "SAYA TAK JUAL BUKU INI" 

Coretan saya pada 31hb Okt 2014 di bawah ini telah diakses beribu-ribu kali oleh pembaca di luar sana. Malahan ayat-ayat yang saya gunakan juga telah digunakan oleh PESAING-PESAING saya dalam FB untuk menjual buku yang serupa.

Saya TAK KISAH pesaing meniru dan mencedok ayat saya. Ayat-ayat saya datangnya dari Allah juga. Semua ilmu yang saya ada, datangnya dari Allah. saya tidak claim saya sebagai owner ilmu2 tersebut.

Tapi saya AMAT KISAH apabila ibu bapa di luar sana TIDAK MENGAMBIL PEDULI saranan yang saya nyatakan sejak awal tahun lepas tentang kebagusan buku Percubaan Terengganu ini.

Ya blog ini ditulis agak lewat, tetapi perkongsian tentang buku ini telah dibuat lebih awal di FB Page saya, FB page Home Tutor.

Bagi yang TIDAK PERCAYA pada awalnya, cuba tengok soalan Terengganu 2013 ini :


Bandingkan pula dengan soalan Sebenar UPSR 2014 ini:


Bayangkan betapa seronoknya anak-anak yang menggunakan buku Terengganu itu sebagai bahan dalam Magic Box, dan akhirnya dihidang dengan soalan yang saya boleh katakan 100% dengan peperiksaan sebenar!

Itu baru satu soalan yang jelas menunjukkan betapa berkualitinya soalan yang diajukan dalam buku Terengganu. Saya pasti ada banyak soalan2 lain yang ada, yang mirip soalan dalam peperiksaan sebenar, yang pastinya memberi kelebihan kepada anak-anak kita yang dah mencubanya.

Dan sekiranya tiada soalan yang hampir serupa yang keluar, tahap soalan yang TINGGI dan BERKUALITI dalam buku Terengganu ini sahaja dah memadai untuk membuat anak-anak kita memerah otak dan membuat pembacaan untuk menyelesaikan masalah dan soalan yang diajukan. Mereka akan bekerja lebih keras!

Jadi, tunggu apa lagi tuan/puan? Order segera.  Tekan pada butan ORDER di bawah blog entry yang ini. Setelah anda membaca blog entry yang terdahulu di bawah ini.



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<CORETAN TAHUN LEPAS >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Wujudkah senarai buku WAJIB MILIK sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR? 

Secara rasminya, tidak wujud tetapi bagi saya, secara peribadi, mengikut pemerhatian saya, ada beberapa buku yang LAYAK masuk ke dalam senarai tersebut. Maknanya, senarai buku WAJIB MILIK tersebut berdasarkan pendapat saya semata-mata.

Sekarang saya akan kongsikan KENAPA buku-buku tersebut masuk ke dalam senarai saya.

Pertama sekali, kita mungkin berpendapat negeri2 pantai barat Semenanjung yang boleh mendapat gelaran Negeri Terbaik UPSR, bukan? Sebaliknya TERENGGANU telah memegang gelaran tersebut selamat 11 tahun berturut-turut dari tahun 2001 sehngga 2011 sebelum dirampas oleh Kelantan pada tahun 2012. Beritanya di sini → http://www2.hmetro.com.my/articles/TerengganuyakinulangisejarahnegeriterbaikUPSR/Article/

Tetapi pada tahun 2013, berbekalkan keyakinan dan matlamat untuk kembali menjadi negeri terbaik, TERENGGANU sekali lagi menjadi yang terbaik. Sumber berita di sini → http://teganukita.blogspot.com/2013/11/terengganu-kekal-terbaik-upsr.html

Secara ringkas, dua negeri tersebut iaitu TERENGGANU dan KELANTAN pastinya mempunyai rahsia tersendiri. Salah satunya ialah soalan percubaan yang berkualiti. Saban tahun para ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR sibuk mencari soalan percubaan Terenggau di internet, kerana ada cikgu sekolah dan rakan-rakan yang menyarankan mereka berbuat demikian. Ambil dari internet memang PERCUMA tetapi ada KEBURUKANNYA. Nanti saya akan kongsikan bab itu di blog yang lain. Tetapi untuk perbincangan hari ini, bukankah lebih baik sekiranya semua soalan percubaan tahun-tahun yang telah lepas dari negeri tersebut dicetak dalam satu buku?

Maka terbitlah buku soalan Percubaan Terengganu terlebih dahulu. Kemudian menyusul pula soalan percubaan negeri Kelantan. Tidak menghairankan apabila kedua-dua set buku ini menjadi best seller. Stok di kedai buku SENTIASA HABIS.

Saya sendiri, sebagai home tutor, mewajibkan tutees saya untuk membeli dan membuat soalan-soalan dari dua buku tersebut.

Jika pelajar BOLEH menjawab soalan daripada dua buku ini, dia akan menjadi lebih yakin dan pasti akan dapat menjawab soalan sebenar UPSR nanti.

FAKTA yang tidak dapat disangkal pula, banyak sekolah yang menggunakan soalan-soalan dari dua buku di atas, terutamanya soalan negeri Terengganu sebagai soalan peperiksaan dalaman sekolah. Maka bagi pelajar yang pernah menjawab di rumah, pasti akan terasa mudah dan KEYAKINAN mereka akan bertambah. Untuk mewujudkan pelajar cemerlang, KEYAKINAN diri amatlah penting. Jadi kita tidak boleh memandang remeh akan kepentingan soalan-soalan latih tubi seperti ini.

Pendeknya, buku-buku ini WAJIB dimiliki.

Anda boleh cari di kedai buku, tapi jangan kecewa jika stok tiada kerana buku-buku ini sememangnya PANASSSS!


Alternatively, anda boleh beli daripada saya. Jika anda berminat, berikut ialah harga buku2 tersebut:


Untuk pembayaran, Klik pada ikon di bawah ini.



Semoga perkongsian ini bermanfaat.



Home Tutor Amir,
31.10.2014

Tuesday, 28 October 2014

Buku BM 1&2 Terbaik UPSR



PENTING → "SAYA TAK JUAL BUKU INI" 

Saya selalu berkongsi tentang buku BI Terbaik. Tetapi tidak bermakna buku subjek lain tidak akan dikongsi. Ini kerana saya sememangnya peminat buku. Saya akan kongsikan buku-buku yang meliputi pelbagai subjek, terutamanya subjek akademik di sekolah, dan lebih fokus lagi buku-buku UPSR kerana itu tahap yang saya fokuskan dalam kerjaya saya sebagai hometutor.

Sebagai contoh, pada hari ini saya ingin berkongsi tentang 2 buah buku untuk subjek BM UPSR, seperti dalam gambar di atas.

Buku2 tersebut terbitan Cemerlang Publications yang agak aktif menerbitkan buku dan banyak buku mereka yang menarik dan berkualiti tinggi.

Buku BM Pemahaman dan Penulisan tersebut antara yang terbaik. Ditulis oleh Munsyi Dewan, maka hasilnya sudah pasti berkualiti tinggi.

Saya paling suka buku Penulisan, terutamanya bab teknik menjawab soalan 'ayat sama maksud'. Penerangan yang jelas diberikan, sama seperti yang saya selalu amalkan dan kongsikan dengan tutees saya.

Details tentang harga dan bilangan muka surat dalam buku ini akan saya berikan kemudian.

So, to be continued........

Friday, 24 October 2014

Buku Writing BI Terbaik

BE CAREFUL when you buy books to learn English writing for UPSR level, from the bookshops. Not all books are good. In fact not many books are good. It has been so difficult for me to find oustanding books which I can recommend to my tutees and their parents.

Now the MOST important question to ask is this......

Adakah anak anda LEMAH Penulisan BI?


Buku apa yang TERBAIK di luar sana? Yang sesuai untuk anak PALING LEMAH, SEDERHANA dan juga CEMERLANG BI mereka?

Jawapan saya: TAK BANYAK.Memang sukar nak cari buku yang bagus.

Tapi sekarang dah ada.

Ya. Buku Writing Kit ini yang TERBAIK di pasaran sekarang!

Ditulis oleh GURU CEMERLANG BI JOHOR

Hasilnya pun memang CEMERLANG
Saya akui.
Buku Penulisan BI yang TERBAIK yang saya pernah jumpa setakat ini.


Writing Kit Set 123456
================
Writing Kit Book 1 = 150gm = RM5.90
Writing Kit Book 2 = 150gm = RM5.90
Writing Kit Book 3 = 200gm = RM5.90
Writing Kit Book 4 = 250gm = RM5.90
Writing Kit Book 5 = 200gm = RM5.90
Writing Kit Book 6 = 300gm = RM5.90
.
Bagaimana Untuk Membeli? 
Tq atas minat ke atas buku BABY STEPS in WRITING yang sebelum ini dikenali sebagai THE WRITING KIT

Ada 6 buku, Book 1 to Book 6. Disusun ikut Tahap Murid, bukan ikut umur atau Tahun di sekolah. Maksudnya sekiranya anak kita di Tahun 6 tapi asas masih LEMAH, dan saya dapati ramai murid begini pada tahun 2018 ini, saya sarankan kita beli semua. Jika anak di Tahun 3 bolehlah beli buku 1,2&3 dahulu kerana Buku 4 sudah mula memperkenalkan soalan2 Tahun 4.

Sebuah buku RM5.90
Poslaju RM11 (Sem) atau RM17 (S/Swak)
* Sila kira sendiri kos
* Kos pos sama sahaja sama ada 1 buah atau 6 buah
* Kalau semua sekali dgn pos Semenanjung RM46.40

Jika berminat sila bank in ke:
MAYBANK - Amir Hamdzan Hamzah 5142 0861 5344
Saya gunakan akaun ni sahaja ya. CIMB tiada. Harap Maklum.
Email: amirdaftar@gmail.com

Dan PM saya details bank in ke 011-2882 0890

Untuk pembayaran, Klik pada ikon di bawah ini. 


APA YANG ADA DALAM BUKU-BUKU WK INI?

Tengok perbandingan contents setiap buku dari Kiri ke kanan dan ke bawah.

















Ni pula buku WK5. Memang MENCABAR dan amat sesuai untuk UPSR. Ni untuk menjawab Section A.


Ni pula buku WK6. Memang MENCABAR dan amat sesuai untuk UPSR. Ni untuk menjawab Section C.  Perfect!

Maklumat Tambahan Tentang Buku

PENERBIT : Mybooks.com Sdn. Bhd.
TERBITAN: Kedua (2018)
ISBN:
Book 1: 978-967-405-472-4
Book 2: 978-967-405-473-1
Book 3: 978-967-405-474-8
Book 4: 978-967-405-475-5
Book 5 : 978-967-405-476-2
Book 6 : 978-967-405-477-9

M/S:
Book 1: 66 ms
Book 2: 62 ms
Book 3: 72 ms
Book 4: 84 ms
Book 5 : 88 ms
Book 6 : 84 ms

Thursday, 23 October 2014

Buku Grammar Terbaik di Amazon.Com




PENTING → "SAYA TAK JUAL BUKU INI" 

Apakah the "Best English Grammar Books" di Amazon.Com?

Jawapannya mungkin berubah-ubah, Tetapi yang pasti buku Understanding and Using English Grammar (UUEG) oleh Betty Azar & Stacy A.Hagen ada dalam senarai tersebut.

Jadi hari ini saya ingin berkongsi tentang buku tersebut. Saya tidak menjual buku tersebut tetapi saya suka ingin bercerita tentangnya kerana it is the best grammar book ever!

Saya pertama kali mengenali UUEG tulisan Azar pada awal tahun 1990an sewaktu adik saya diterima masuk ke Pusat Matrikulasi UIA PJ. Salah satu buku teks subjek BI adik saya ialah buku tersebut. Saya jatuh cinta dengan buku tersebut sejak pertama kali saya melihat, membelek dan terus mencuba soalan2 yang disusun kemas dan mudah diikuti.

Apa yang paling menarik perhatian saya tentang buku UUEG ini ialah konsep Timeline untuk menerangkan tentang TENSES. Sesuatu yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar yang BInya biasa2 sahaja seperti saya.

Sejak daripada itu, saya sering menggunakan buku tersebut. Apabila adik saya keluar dari Matrikulasi, buku itu jadi milik saya. Sehinggalah buku tersebut hilang. Sobx3. Tidak pasti ke mana hilangnya. Mungkin hanyut dibawa air banjir yang kerap melanda rumah emak saya di Segambut waktu itu.

Apapun, buku ini kini menjadi satu item utama dalam Wishlist saya. Saya pasti akan membelinya!




Tutor Amir
24.10.2014
12.16pm

3 Buku BI TERBAIK & TERLAJAK LARIS!!!




PENTING → "SAYA MASIH JUAL BUAT MASA INI" 



Assalam semua,

Alhamdulillah dipertemukan kita sekali lagi dalam arena blog ini.

Seperti dijanjikan, blog ini akan berkongsi pelbagai informasi tentang buku terbaik yang ada di pasaran Malaysia.

Yang pertama sekali, saya suka untuk berkongsi tentang 3 buku TERBAIK yang ada dalam senarai stok saya iaitu PEUIA, EIM & MBBI. Tiga buku tersebut saya gelar MADU TIGA......

Pakej MADU 3 = 3 Buku Belajar Grammar BI Terbaik
=======================================

Tiga buku yang anak-anak anda AMAT PERLUKAN ini jika anak ANDA LEMAH dalam BI.

Izinkan saya untuk share 3 Buku Belajar BI Terbaik yg saya selalu kongsikan dengan ibu bapa yang inginkan anak mereka Pandai BI.

Persoalan UTAMA adalah "Bagaimana anak kita nak Pandai BI kalau BI itu sendiri dia TIDAK SUKA atau TIDAK MINAT kerana dia TIDAK FAHAM bahasa inggeris yang digunakan untuk menerangkan hukum2 Grammar?"

Sebab itulah wujudnya MBBI, buku belajar BI dalam BM, hasil garapan seorang penulis yang telah menggunakan sendiri nota2 beliau untuk mengajar semua anaknya sehingga ke mercu kejayaan. Anak pertama berjaya dapat 11A dalam SPM 2011 manakala anak kedua 9A 2B+ dalam SPM 2013. Anak2 beliau yang masih kecil juga diajar dengan menggunakan nota yang sama. Dan berpuluh anak jiran dan rakan2 yang telah beliau ajar sewaktu sesi Home Tuisyen beliau. Kini nota2 tersebut telah dibukukan menjadi MBBI yang diterbitkan dalam tahun 2013, dan berjaya terjual sebanyak 55,000 unit dalam 3 tahun sahaja dan telah diulang-cetak 9 kali.

Sememangnya #FenomenaMBBI sedang melanda Malaysia hasil daripada pemasaran internet. Saya sendiri mempunyai 50 orang ejen seluruh Malaysia. Jadi tak lama lagi seluruh Malaysia akan#DemamNakBelajarBI. Makin ramai akan tahu#RahsiaPandaiBI.

Tentu anda TAK MAHU KETINGGALAN bukan?

ORDER SEKARANG. Bank in kpd saya untuk secure naskhah anda kerana stok semakin susut. Hanya ada 980 naskhah sahaja lagi. Untuk menunggu cetakan baru mungkin mengambil masa sedikit.

Sebelum itu, ada persoalan Ke-2......

Apakah PERBEZAAN antara MBBI, EIM & PEUIA?
====================================== .
Bagi saya yang telah menggunakan ketiga-tiga buku tersebut untuk mengajar murid2 lemah BI, saya berpendapat ... .

MBBI = Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris. Akronim MBBI ini saya yang berikan. Penulis pun SUKA dengan singkatan ini. Seluruh Malaysia sudah terikut-ikut menggunakan singkatan ini. Malaysia kini dilanda Demam MBBI. MBBI ini sesuai untuk pelajar Tahun 1 ke atas. Maknanya even orang dewasa pun boleh guna. Saya sendiri pun banyak belajar daripada MBBI ni. Ini kerana MBBI ada nota ringkas dalam BM diikuti dengan latihan yang FOKUS pada nota tadi. Latihan ini amat penting untuk check pemahaman pelajar tentang apa yang telah dibaca. MBBI dibahagikan kepada Grammar (Unit 1 - 13) dan Vocab (Unit 14-32). Nota Grammar itu amat padat dan menarik, jadi mudah difahami. Section ttg Vocab pula amat berguna untuk membuat ayat' terutamanya bila pelajar tiada idea apa nak dituis dalam SVO mereka. .

EIM = English Itu Mudah. Pada pendapat saya, lebih sesuai untuk umur 10 tahun ke atas. Ini kerana buku ini hanya ada NOTA sahaja. Tiada latihan. Tetapi notanya lebih panjang dan komprehensif daripada MBBI. Jadi pelajar yang lebih matang akan lebih sesuai dgn buku ini, terutamanya pelajar dewasa. Gambar tentang prepositions dan tense PALING berguna bagi saya. Oh ya, Kamus Tenses yang kecil dan comel itu juga AMAT BERGUNA dan sesuai untuk di bawa kemana-mana. Pelajar perempuan suka kamus kecil ini. Edisi TERBARU lebih MANTAP dan hampir tiada ralat berbanding edisi terdahulu yang agak banyak kesilapan.

PEUIA pula = Practical English Usage Introduction A, buku terbitan Times Publication, ialah buku latihan khas untuk tuition BI yang berasal dari luar negara. Jadi buku ini mengajar BI dalam BI. Buku ini telah berada dalam pasaran sejak berpuluh tahun dan telah terjual sebanyak lebih 2 juta buah seluruh dunia. Ada 7 buku dalam siri PEU. PEUIA ini sesuai untuk Tahun 3 ke atas. Tapi jika pelajar menengah atau dewasa lemah BInya, saya rekomen untuk mulakan dengan buku ini juga. Buku ini ada nota ringkas dan latihan topikal, sama seperti MBBI juga. . Pendeknya semua buku ini lebih kepada untuk membina pemahaman ASAS tentang Grammar BI. Jika ada pembeli yang inginkan sesuatu yang intermediate dan advanced, kami ada pelbagai tajuk yang sesuai. .

Ringkasannnya, BUKU2 INI SESUAI UNTUK .....
=====================================
Darjah 1 hingga Dewasa
Sek Rendah Tahap 1 mulakan dengan MBBI.
Sek Rendah Tahap 2 guna EIM
Kemudian guna PEUIA.
Sek Men terus buku Times & EIM
Tapi kalau lemah sgt, boleh juga gunakan je MBBI.
Pelajar Universiti pun ada guna
Saya pun suka guna MBBI
Mudah faham.
Tulisan besar2, tulisan dan grafik warna-warni, isi padat, latihan fokus pada kelemahan utama pelajar dalam sesuatu topik.

HARGA?
=======
A = MBBI = Mudahnya Belajar BI = RM39 + Poslaju RM9.5 = RM48.50
B = EIM = English Itu Mudah = RM23 + Poslaju RM7 = RM30
C = PEUIA = Practical English Usage Intro A = RM6 + Poslaju RM7 = RM13

Harga Set (dah termasuk harga Pos)
=============================
Beli satu demi satu = RM91.50 Sem (RM105 S/Swak)
Beli satu set = RM75 Sem (RM80 S/Swak)

Eh Kejap! Saya kurangkan lagi....RM70 (RM75 S/Swak) sahaja untuk Pakej Madu 3 ni.

BONUS
======
* FREE Ebook Peta Minda tentang MBBI

Untuk pembayaran, Klik pada ikon di bawah ini.




Semoga setiap rumah dapat memiliki Set Permulaan ini agar anak-anak kita LEBIH menguasai BI.

Signed,
Home Tutor Amir

Salam Pembuka Kata




PEMBUKA KATA

Alhamdulillah blog ini dapat dimulakan.

Tujuan utama untuk berkongsi buku2 belajar yang TERBAIK yang ada di pasaran Malaysia, untuk manfaat semua penggemar buku dan juga untuk mereka yang tercari-cari buku yang terbaik untuk diri sendiri dan juga untuk anak2.

Untuk pengetahuan, saya banyak menjual buku-buku Bahasa Inggeris kerana BI itu bahasa dunia, Lingua Franca yang paling utama dewasa ini. Jadi, rugilah sesiapa yang tidak menguasainya. Sayangnya masih banyak antara kita yang menganggap BI itu SUSAH, sedangkan BI itu amat MUDAH. Tetapi perlahan-lahan saya juga akan menjual buku-buku terbaik di  Malaysia yang lain.

Oleh itu saya mulakan blog ini dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim....

Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati Allah swt.




Dari Meja Home Tutor Amir
Kepong
23 Okt 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...